Friday, April 10, 2009

MALAYSIA KEMPO KID


THE BROTHERS : DANIAL FITRI & DANESH FIKRI

“Malaysia Kempo Kid" adalah dibawah naugan Pertubuhan Seni Beladiri Shorinji Kempo W.P & Selangor Malaysia. Timbulnya idea ini adalah hasil daripada Encik Yacob Gabriel Samson selaku Pengerusi Pertubuhan tersebut dan pertubuhan ini adalah salah satu cawangan yang diiktiraf diseluruh Dunia.(World Shorinji Kempo Organization).

“Pertubuhan Seni Beladiri Shorinji Kempo W.P & Selangor” telah didaftarkan dibawah perundangan akta Pertubuhan Malaysia pada 13hb September 2003 (No. Pendaftaran. 1371) dan telah mendapat kelulusan World Shorinji Kempo Organization pada 1 April,2003.

Friday, April 3, 2009

Hasrat dan Tujuan:


Malaysia Kempo Kid telah didirikan khasnya untuk kanak-kanak Warganegara Malaysia dan adalah untuk melatih kanak-kanak untuk mendisiplinkan diri dalam mempelajari seni beladiri dengan cara mudah .

Antara tujuannya ialah untuk:

a) Bela Diri
b) Keyakinan diri dan semangat keperwiraan
c) Kekuatan fizikal dan mental
d) Menguasai diri


Keempat tujuan diatas merupakan suatu kesatuan yang dimestikan untuk membentuk perwatakan Kanak-kanak itu agar mempunyai moral kemanusiaan yang tinggi serta keyakinan diri.

Beladiri Shorinji Kempo ( JEPUN)


Apa yang menarik sekali dalam Shorinji Kempo ialah seseorang itu dapat menewaskan lawan yang lebih besar dan gagah tanpa menyebabkan kecederaan fizikal kepadanya cuma kesakitan yang amat sangat buat sementara waktu bagi melumpuhkan pihak lawan dari melancarkan gerakan-gerakan yang agresif dan bahaya. Sesuai dengan falsafah Shorinji Kempo yang mengatakan" Seni ini adalah untuk membina manusia bukan untuk membinasakan manusia"dan " Kasih sayang tanpa kekuatan adalah kelemahan,kekuatan tanpa kasih sayang adalah kezaliman."

Pelajaran Kempo / Dasar :

Dalam daftar pelajaran kita sebut ciri-ciri beladiri Kempo adalah sebanyak 6 dasar pelaksanaan ajaran teknik Kempo, yaitu:

a) Ken Zen Ichi Nio
b) Shu shu Ko Ju
c) Go Ju ittai
d) Fusatsu Fugai
e) Kumite Shutai
f) Riki Ai Funi

1.Ken Zen Ichi Nio:
(Ken=berkelahi; Zen= bersemadi; Ichi=satu; Nio: badan).
Dalam hal ini diertikan bahawa beladiri ini seharusnya bersemadi dan mempertahankan diri dilakukan dalam satu badan. Artinya bahawa jika kita mendalami beladiri kempo tidak boleh hanya tahu beladiri/teknik(KEN) saja, tetapi haruslah sejalan mengerti dan mendalami latihan mental kejiwaannya semua,agar tercapai keseimbangan jiwa dan raga.

2.Shu Syu Ko Ju:
(Shu=Diutamakan; Syu=bertahan;Ko=menyerang;Ju=disesuaikan).
Dalam beladiri kempo diutamakan bertahan daripada menyerang; serangannya pun disesuaikan dengan keadaan lawan. Atau jika kita membela diri haruslah dimulai bertahan dan diakhiri dengan bertahan pula. Sedangkan serangan balas diberikan sesuai dengan kebutuhan, ertinya jika cukup Me Uchi saja untuk menakluk-kan lawan, maka tidak usah kita Shuto Uchi yang berbahaya itu.

3.Go Ju Ittai:
(Go=Kasar; Ju=Lemah; Itaai = Bersama-sama)
Dalam latihan beladiri kempo, bahwa mengerjakan pelajaran yang diberikan gerakan kasar atau lemah,selalu bersama-sama. Tidak dibenarkan pelatih yang hanya tahu atau senang Goho(kasar) saja ataupun Juho (lembut)sahaja.

4.Fusatsu Fugai :
(Fu= tidak/tanpa; Satsu= membunuh; Gai= menyakitkan/merugikan)
Dalam beladiri kempo, harus diusahakan untuk mengalahkan lawan tanpa membunuh serta menyakit/merugi lawan, melainkan terutama mendidik disiplin dan cukup menakluk lawan.

5.Kumite Shutai
(Kumite=berpasangan; Shutai=diutamakan)
Dalam beladiri kempo, berlatih diharuskan secara berpasangan. Dengan latihan berpasangan, kita dapat mempratikkan waza lebih baik, turut merasakan sakitnya, saling menghargai dan juga merupakan pencerminan pratik beladiri.

6. Riki Ai Funi
(Penyatuan kekuatan dan rasa kasih sayang)

Falsafah


Falsafah kempo adalah “Perangilah diri-mu sebelum memerangi orang lain”, serta “Kasih sayang tanpa kekuatan adalah kelemahan, kekuatan tanpa kasih sayang adalah kezaliman”. Hal inilah menjadi dasar falsafah ajaran Shorinji Kempo sedunia.

Danial 2 Year Old




Danial practicing bo with Dad


Hidari Chudan Gamae